Koperasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berhad (KOSPERA) dengan rasminya didaftarkan pada 6 Oktober 2017. Penubuhan KOSPERA merupakan langkah proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjaga dan mengurangkan beban kewangan pegawai dan staf di samping menggalakkan warga SPRM untuk menabung.
Selain menjaga kebajikan warga kerjanya, SPRM optimis untuk menjadikan KOSPERA sebagai ruang untuk meningkatkan taraf sosioekonomi warga kerjanya dalam menempuhi gaya hidup yang lebih berdaya saing dewasa kini. Selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi, selain daripada memberi khidmat pembiayaan KOSPERA berusaha untuk mengembangkan sayapnya dalam aktiviti:
- Kredit & Pembiayaan (Aktiviti UTAMA);
- Kedai, Cafe, Pusat Asuhan & Kemudahan Sukan;
- Pelancongan;
- Barang Pengguna, Barangan Elektrik & Telekomunikasi
- Ar-Rahnu;
- Pertanian dan Asas Tani;
- Pengangkutan;
- Pembinaan ;
- Perindustrian; dan
- Pendidikan dan konsultasi.