JOM DAFTAR KOSPERA

Keahlian KOSPERA terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan SPRM, PESARA dan KAKITANGAN awam yang pernah berkhidmat dengan SPRM.

Klik sini untuk muat turun borang permohonan

PERKHIDMATAN KAMI

Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota yang telah disahkan menjadi ahli Koperasi tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan mengikut UUK dan Aturan Pembiayaan

Pembiayaan Mikro (Peribadi)

Maksima RM4,000 hingga RM10,000

Pembiayaan Mudah Tanpa Faedah

Maksima RM1,000 hingga RM3,000

Tabung Khairat Kematian

Maksima RM300 hingga RM1000

Tabung Bantuan Yuran Keahlian

Yuran Yayasan SPRM dan KSR ditanggung oleh KOSPERA

Berita Kospera

SUMBANGAN KASIH KOSPERA MEWARNAI PROGRAM JALINAN MESRA KELUARGA SPRM 2025

Pada 17 April 2025, Program Jalinan Kasih Mesra Keluarga SPRM telah diadakan di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya. Program ini bukan sahaja menjadi platform mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan warga SPRM, malah turut menyelitkan slot kebajikan sebagai tanda keprihatinan terhadap komuniti dalaman.

Pada majlis tersebut, sumbangan...

SESI PERBINCANGAN USAHASAMA PERTANIAN BAWANG BERSAMA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN PERAK (SADC)

Koperasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berhad (KOSPERA) bersama Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) pada 20 Februari yang lalu. SADC Perak yang diwakili oleh Tuan Mohd Kahar bin Mukhtarudin, Ketua Pegawai Operasi, telah mempengerusikan sesi ini yang turut dihadiri bersama oleh...

MAJLIS LAWATAN LADANG & MENANDATANGANI PERJANJIAN KOLABORASI PERTANIAN KOBUNITI-KOSPERA

Koperasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berhad (KOSPERA) dan Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI) telah memeterai perjanjian kerjasama strategik untuk mengusahakan penanaman rumput napier dan jagung bijian di atas tanah seluas 100 ekar.
Projek ini akan dilaksanakan di kawasan yang telah dikenal pasti di Gemas, Negeri Sembilan dengan KOSPERA dan KOBUNITI...


SOALAN SOALAN LAZIM

Tidak. Hanya ahli keluarga kandung sahaja layak menerima Bantuan Tuntutan Khairat Kematian, sila rujuk sini.

Untuk membuat tuntutan, sila muat turun Borang Tuntutan Khairat Kematian dan hubungi Pejabat KOSPERA di talian 03-88911911 dengan segera.

Pembiayaan Mikro (Peribadi) dikenakan kadar keuntungan serendah 3.50% hingga 3.75% manakala Pembiayaan Mudah Tanpa Faedah tidak dikenakan kadar keuntungan. Akan tetapi, keduanya mempunyai caj perkhidmatan (rujuk di sini).

Terima kasih kerana berminat, klik gambar di bawah atau memuat turun borang di sini


Anggota yang telah disahkan menjadi ahli KOSPERA sekurang-kurangnya 6 bulan (6 kali pemotongan gaji melalui ANGKASA) akan menikmati semua keistimewaan yang disediakan seperti;-

A. Pembiayaan Mikro (Peribadi)
Jumlah pembiayaan bermula dari RM4000.00 hingga RM10,000.00, berlandaskan kepada Konsep Tawarruq

B. Pembiayaan Mudah Tanpa Faedah
Jumlah pembiayaan bermula dari RM1000.00 hingga RM3,000.00, berlandaskan kepada Konsep Qard

C. Bantuan Khairat Kematian
Akan disalurkan secara one-off kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian ke atas keluarga ahli atau ahli itu sendiri


D. Tabung Bantuan Yuran Tahunan Keahlian KSR Dan Yayasan Prihatin
* Tertakluk kepada terma dan syarat

Keahlian KOSPERA terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan SPRMPESARA dan KAKITANGAN AWAM yang sedang dan pernah berkhidmat dengan SPRM

Untuk mendaftar sebagai anggota, sila muat turun Borang Keanggotaan dan dapatkan BORANG BPA 1/79 (Borang Potongan Gaji Angkasa) atau hubungi Pejabat KOSPERA di talian 03-88911911

VISI - Menjadikan sebuah koperasi yang terbaik dan unggul dalam memberi kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anggota.

MISI - Meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota dengan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Koperasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berhad (KOSPERA) dengan rasminya didaftarkan pada 6 Oktober 2017. Penubuhan KOSPERA merupakan langkah proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjaga dan mengurangkan beban kewangan pegawai dan staf di samping menggalakkan warga SPRM untuk menabung.